Musuh utama..

PAS lawan UMNO?

Kalau PAS dan Umno masih dalam MN kenapa PAS, lawan umno..?

01. PAS dah bantu umno sebanyak tujuh PRK. Satu pun umno tak hargai. Akhirnya dakwa umno dah kuat.

02. PAS di suruh bertanding sendiri sedangkan umno bertanding atas tiket BN. Kecenderungan rakyat adalah kumpulan yang kuat. Ternyata umno nak bunuh PAS.

03. PAS lawan umno macam lawan adik beradik. Pimpinan kami nasihatkan jangan main kasar. Dalam padang bila kita bersaing, kenalah lawan betul betul. Umno marah sebab PAS lawan umno tetapi umno boleh lawan PAS?

04. Dalam perlawanan bola sepak, bila adik beradik dalam pasukan berlawanan, kena lawan bersungguh sungguh untuk kemenangan pasukan. Habis masa permainan, kita tetap adik beradik. Jadi jangan main kasar.

05. Saya yakin, orang PAS tak marah pun kepada orang umno. Mereka bersahabat dan kekal adik beradik. Tetapi orang PAS memang terasa hati dengan pemimpin umno. Dari dulu menyerang PAS terutama Zahid Hamidi dan sekutunya. Banyak sangat kenyataan media pimpinan umno menyerang dan menyalahkan PAS. Cuba cari kenyataan pimpinan PAS yang serang umno. Yang ada hanyalah seruan penyatuan.

06. Saya harap ahli PAS dan ahli umno boleh kekal berukhuwwah. PAS dah laksanakan muktamar pemilihan dengan tertib. Semoga umno segera buat pemilihan dalaman parti dan bersihkan pimpinan yang merosakkan perpaduan dan berkepentingan peribadi.

Semoga perlawanan persahabatan di PRN Melaka berjalan dengan ukhuwwah. Musuh utama kita adalah PH.

Assalamalaikum.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Pagi Sabtu
13 Ogos 2022
15 Muharram 1444H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dosa kedua ibu bapa kami serta keluarga kami.

Ya Allah kasihanilah dan sayangilah ibu bapa kami sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangi kami sewaktu kami kecil dahulu.

Ya Allah tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki dan keberkatan Mu dari seluruh penjuru langit dan bumi bagi kami.

Ya Allah kami juga memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya Allah bukakanlah pintu rezeki Mu seluas-luasnya untuk kami.

Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya.

Ya Allah bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak dan sifat-sifat yang keji.

Ya Allah tumbuhkan dihati kami sifat-sifat yang terpuji.

Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Mu dan membenci apa yang Engkau benci.

Ya Razaq, rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dengan baik.

Ya Allah jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada d dalam bumi maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika kurang maka cukupkan ia dan limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh dengan kemuliaan, kemurahan dan rahmat Mu wahai Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah pada Mu sahajalah tempat kami memohon segala permintaan Ya Allah, wahai tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا
وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ