Bumiputera.

DAP TAK TERLIBAT 13 MEI: MAHU TIPU SIAPA?

Tulisan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk “Adakah PAS Mahu Tutup ‘Bangkai Gajah’ Guna Isu 13 Mei?” adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara.

Di dalamnya, Howard Lee menggunakan Kertas Putih Kerajaan bertarikh 9 Oktober 1969, dengan judul penuhnya adalah “The May 13 Tragedy: A Report, The National Operations Council”, untuk menyatakan Peristiwa 13 Mei bukan berpunca daripada DAP tetapi PKM.

Hakikat sebenarnya adalah:

(1) Pada muka surat iv kertas putih ini disebutkan bahawa salah satu punca Peristiwa 13 Mei adalah calon-calon pembangkang dalam PRU 3 yang berkempen atas garis perkauman serta menyerang Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Pada muka surat 21 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan lebih ekstrim sesetengah calon pembangkang dalam PRU 3 yang mempersoalkan hak dari sudut sejarah orang-orang Melayu untuk menganggap diri mereka sebagai Bumiputera.

(3) Pada muka surat 24 kertas putih ini disebutkan mengenai amaran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, di Kuala Pilah pada 15 April 1969 bahawa jika DAP cuba mengubah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan maka akan berlaku huru-hara.

(4) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.

(5) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 10 malam 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan” kepada polis-polis Melayu.

Ekoran Peristiwa 13 Mei ini, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, telah ditahan di bawah Seksyen 11(2)(b) ISA pada 18 Mei 1969 di mana asas utama penahanan ini adalah tindakan beliau mempertikaikan pembahagian rakyat kepada “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”.

Menjawab pertuduhan terhadap beliau pada 30 Julai 1969, Lim Kit Siang dengan berani mengakui penentangan beliau ke atas pembahagian rakyat kepada “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera” kerana beranggapan bantuan perlu diberi berasaskan ‘need’ bukan ‘race’.

Dalam sidang Parlimen pada 3 Mac 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, menggelar Ahli-Ahli Parlimen DAP sebagai seperti “ruthless, tricky, smooth, suave, slick political rogues” yang menggunakan isu-isu sensitif untuk menang dalam PRU 3.

Diungkapkan balik oleh Tun Dr Ismail petikan pelbagai kenyataan sensitif Lim Kit Siang, antaranya yang menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan yang didakwa tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu, tanpa apa-apa bantahan dari wakil DAP.

Semua ini adalah bukti nyata DAP tidak boleh berlepas tangan daripada Peristiwa 13 Mei.

Menariknya, walaupun Lim Kit Siang telah ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969 kerana mempertikaikan pembahagian rakyat kepada “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”, selaras dengan Deklarasi Setapak 1967, hingga kini prinsip ini tetap menjadi pegangan DAP.

Bandingkan sahaja kenyataan Lim Kit Siang mengenai perkara ini sebelum beliau ditahan di bawah ISA, antaranya ialah pada 29 September 1968, 2 November 1968, 7 Januari 1969, 25 Januari 1969, 26 Januari 1969, 7 Mei 1969 dan 13 Mei 1969, dengan kenyataan baru beliau.

Contoh kenyataan baru beliau ini adalah:

(1) “Saya dengan ini mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan” atau “I would therefore call for the abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (10 September 1995).

(2) “DAP mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan segera” atau “DAP calls for the immediate abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (15 September 1995 dan 20 September 1995).

WHO.

BAHAYA PERJANJIAN GLOBAL PENDAMIC TREATY.

Semalam telah mendengar satu ceramah audio yang dihantar sahabat oleh saudara Tuan Zul yang dianjur pihak PPIM akan bahaya sebuah perjanjian Global Pendamic Treaty yg lebih bahaya dari ICERD, ROME Statute kerana TREATY menjual hak kita.

Intipati ceramah Tuan Zul ialah WHO kini bukannya lagi dibawah United Nation, telah berlaku pengambil alihan secara halus dan penipuan oleh Big FARMA, Bill Gates, Rostchild dan Rockefeller. Mereka kinilah yang menguasai WHO.

Mereka sedang mahu mengawal dunia melalui WHO, kini sedang mewujudkan Perjanjian Global Pendamic Treaty untuk ditandatangani Kementerian Kesihatan semua Negara di dunia. Ia amat bahaya jika ditandatangani kerana semua undang2 kesihatan di setiap Negara akan terbatal dengan sendiri, semua kuasa utama berada dalam tangan mereka.

Mereka mahu selaras undang2 kesihatan seluruh dunia berdasarkan mekanisma yang baru, akan menggunakan pandemik yg akan datang sebagai alasan untuk menjalankannya. Ini adalah rampasan kuasa sebuah negara secara halus melalui pintu belakang yang boleh menghancur ekonomi dan politik sebuah Negara. Jika mereka mewajibkan lock down, vaksin baru yg dicipta dan lainnya, maka seluruh negara di dunia wajib mematuhinya.

Segala rawatan cara lain tidak dibenarkan dan mendapat pengiktrafan dunia. Akan berlaku kesukaran untuk bergerak jika tak patuhi peraturan yg ditetapkan. Ia bercanggah dengan hak asasi manusia yg bebas utk mengambil rawatan yg sesuai dengan mereka.

Ia adalah satu perancangan dibawah New World Order, Zionis.

Syukur, kini pihak PPIM dan GGPMC ke hadapan dalam perjuangkan isu ini untuk memberi kesedaran akan bahaya yg sedang mengancam Negara secara halus. Mereka kini dalam rangka menghantar draf surat kepada Yang Dipertuan Agung, Raja2 Melayu, menteri2 kabinet, semua ahli Parlimen, Ketua polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, NGO dan para ulama, pegawai kerajaan dan lainnya.

Bersama kita berdoa dan bersama usaha Pihak PPIM dan GGPMC dalam perjuangan isu ini demi membawa kesedaran dan tindakan semua pihak dalam Negara agar Negara kita tidak tandatangani perjanjian Global Treaty tersebut. Amin..

Walid Ibrahim al Malik

Huruf dalam Al Quran.

*Huruf dalam Alquran*

Sejak 1200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis,

Maka IMAM SYAFI’I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat

IMAM SYAFI’I dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur’an di susun sesuai dgn banyaknya :

o ا Alif : 48740 huruf,
o ل Lam : 33922 huruf,
o م Mim : 28922 huruf,
o ح Ha ’ : 26925 huruf,
o ي Ya’ : 25717 huruf,
o و Waw : 25506 huruf,
o ن Nun : 17000 huruf,
o لا Lam alif : 14707 huruf,
o ب Ba ’ : 11420 huruf,
o ث Tsa’ : 10480 huruf,
o ف Fa’ : 9813 huruf,
o ع ‘Ain : 9470 huruf,
o ق Qaf : 8099 huruf,
o ك Kaf : 8022 huruf,
o د Dal : 5998 huruf,
o س Sin : 5799 huruf,
o ذ Dzal : 4934 huruf,
o ه Ha : 4138 huruf,
o ج Jim : 3322 huruf,
o ص Shad : 2780 huruf,
o ر Ra ’ : 2206 huruf,
o ش Syin : 2115 huruf,
o ض Dhadl : 1822 huruf,
o ز Zai : 1680 huruf,
o خ Kha ’ : 1503 huruf,
o ت Ta’ : 1404 huruf,
o غ Ghain : 1229 huruf,
o ط Tha’ : 1204 huruf dan terakhir
o ظ Dza’ : 842 huruf.

*Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣ (satu juta dua puluh tujuh ribu)*.

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

*Jika 1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan*

*Di bulan Ramadhan ALLAH gandakan lagi 70x kebaikan…. so, kira-kiralah hitunglah sendiri…* 😊😊😊

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca Al-Quran*, *bertadarrus dan kalau mampu memahami maknanya*
*Wallahu a’lam*..

*SYAFA’AT AL QUR’AN DI DALAM KUBUR*

Silahkan share untuk teman2 terbaik kita*

Semoga kita termasuk di dalam golongan orang orang ini…aamiin !!!

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur.*

– Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).

Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang – orang sibuk dgn kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba -tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

-Setelah dikuburkan dan orang – orang mulai meninggalkannya, datanglah 2 malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia di masukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,”Aku adalah Al Quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

-Jangan khawatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”

-Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhawatiran. Getaran harap karena tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

*Yaa Allah… terimalah bacaan Al-Quran kami. Sempurnakanlah kekurangannya.*

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhana wa Ta’ala Aamiin..

*Oleh: Prof.DR. Ahmad Sathori Ismail.*

“Sayang kalau dibaca sendiri… Ayo berbagi dan sebarkan